Saturday, September 24, 2022

Program Bulan Kemerdekaan uji pengetahuan pelajar

Secara Rawak

MUKAH: Penganjuran Program Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Kampung Teh Mukah bukan sahaja menyemai nilai patriotik, malah menguji pengetahuan pelajar sekolah berkenaan.

Guru besarnya Ismail Hud berkata, objektif utama penganjuran program itu adalah untuk memupuk semangat patriotik dan cinta akan negara dalam kalangan 110 pelajar, guru dan kakitangan bukan guru.

“Semua warga sekolah terlibat dalam program ini terutama untuk pertandingan deklamasi sajak dan karaoke lagu patriotik.

“Selain itu, pelajar juga diberikan peranan dan tugasan masing-masing yang dibimbing oleh guru dan kakitangan lain,” katanya yang juga pengerusi program.

Beliau memaklumkan bahawa, pertandingan yang diadakan bertujuan mencungkil bakat selain menguji pengetahuan pelajar sekolah berkenaan.

“Seterusnya mewujudkan komitmen dan daya saing seterusnya mengetahui dan menilai kepekaan pelajar terhadap isu-isu semasa.

“Tujuannya adalah untuk membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berdepan dengan orang ramai dan menyemai semangat cinta akan negara.

“Program ini turut dimeriahkan dengan tayangan filem, mencari harta karun, mewarna dan melukis poster,” tambah Ismail.

Penolong Kanan Kurikulum Khatizah Sepawi, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Azura Karia dan Penolong Kanan Kokurikulum Jefrison Jabing Limbai turut hadir.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru