Saturday, September 24, 2022

Operasi keselamatan pos 24 jam diaktifkan

Secara Rawak

TEBEDU: Enam Pos Gabungan Malaysia Indonesia (Gabma) antara Tentera Darat Malaysia dengan Tentera Nasional Indonesia (TNI) untuk Op Awas Keris Parang 2022 diaktifkan semula secara serentak semalam pada Isnin.

Majlis pengaktifan semula di Kem Jawatankuasa Perancangan Gerakan (JPG) Tebedu, Serian disempurnakan oleh Panglima 3 Briged Brigadier Jeneral Mohd Kamil Abdul Latiff.

Menurutnya, pengaktifan Pos Gabma tersebut melibatkan kem TDM iaitu kem JPG Biawak, Lundu, Kem JPG Tebedu, Serian dan Kem JPG Lubok Antu.

Manakala, katanya, Pos TNI Angkatan Darat (AD) yang diaktifkan ialah di Pos Nanga Badau, Pos Entikong dan Pos Sajingan.

“Pengaktifan Pos Gabma adalah signifikan dalam usaha mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia amnya dan TDM dan TNI AD khasnya sejak ia ditangguhkan pada awal tahun 2020 kerana pandemik Covid-19.

“Penugasan Gabma adalah sebahagian daripada operasi pengawal keselamatan pos 24 jam, rondaan berkenderaan, rondaan berjalan kaki dan serkap/serdap,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pengaktifan Gabma 2022, di sini semalam pada Isnin.

Turut hadir, Pegawai Memerintah Batalion Infantri 645 Ghardatama Leftenan Kolonel Hudallah S. H, Pegawai Memerintah 4 KAD Leftenan Kolonel Mohamad Sazili Hussain dan MMLO Leftenan Kolonel Haizal Mohamad Ariffi.

Mengulas lanjut, beliau berkata TNI AD menghantar 10 anggota di ketiga-tiga pos Op Keris Parang Gabungan. Manakala TDM menghantar lapan anggota lain-lain pangkat ke Pos Nanga Badau, Pos Entikong dan Pos Sajingan/ Aruk.

“Pasukan yang terlibat ialah Rejimen keempat Kor Armor Diraja (KAD) dan Batalion Infantri 645 Ghardatama,” jelasnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru