Sunday, September 25, 2022

Marahkan jiran melalui WeChat, lelaki dipenjara 10 hari

Secara Rawak

CHINA: Seorang lelaki di China yang hanya mahu melepaskan kekecewaannya terhadap jirannya dikenakan hukuman penjara 10 hari selepas jiran terbabit membuat laporan polis kerana mengalami tekanan perasaan.

Menurut platform video China, lelaki itu ditangkap selepas memarahi jiran dalam kumpulan WeChat dengan pelbagai perkataan kesat tanpa henti selama lima minit.

Dalam video itu, lelaki itu memarahinya kerana gemar masuk campur dalam kehidupan orang lain.

Gara-gara tidak tahan mendengar sumpah seranah dan kata-kata kesatnya, jiran tersebut membuat laporan polis atas alasan mengalami tekanan perasaan.

Lelaki terbabit ditahan polis dan semasa disoal siasat di balai, dia mengaku memarahi jirannya.

Menurut media tempatan, lelaki itu dikenakan hukuman penjara 10 hari dan denda RM197.

Sebelum ini kedua-dua jiran itu dikatakan tiada konflik dan mempunyai hubungan baik.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru