Sunday, September 25, 2022

Festival Makanan Kuching kembali temui kaki makan

Secara Rawak

SUASANA meriah serta kepulan asap pelbagai jenis masakan dan hidangan tempatan serta antarabangsa menjadi tawaran istimewa di festival yang menjadi destinasi wajib kunjung setiap kali menjelang Ogos.

Kali ini, sebanyak 330 gerai jualan beroperasi di festival makanan tersebut bagi menarik ribuan ‘kaki makan’ bukan sahaja pengunjung tempatan, tetapi pelancongan luar negeri dan antarabangsa.

Fenomena yang muncul setiap tahun sebelum ini menjadi acara yang sangat dinantikan para pengunjung selepas dua tahun kehilangannya.

Berkongsi pengalaman luar biasa itu, PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS), ANG LEE YING, penantian dua tahun dianggap berbaloi apabila festival itu kembali menemui komuniti.

“Lebih meriah daripada tahun lepas. Saya rasa dari segi tawaran jualan makanan yang lebih banyak dan pelbagai variasi.

“Ia mungkin disebabkan pasca Covid-19, maka sambutannya memang meriah dengan kehadiran pengunjung yang ramai berbanding sebelum ini,” katanya.

SUP DAGING BUAYA Tidak melepaskan peluang berkunjung ke Sarawak, PELANCONG SEPANYOL, ROCIO AGUADO berkata, festival itu memberi peluang untuknya merasakan keunikan pelbagai sajian terutama makanan eksotik seperti daging buaya.

Sup Daging Buaya

“Antara sajian menarik perhatian ialah sup daging buaya yang bagi saya unik. “Saya mahu merasainya kerana sajian itu tidak terdapat di Eropah kerana itu juga kami datang ke Borneo untuk mengetahui dan menyaksikan keunikan di sini,” katanya.

Rocio Aguado

Mengulas berkenaan manfaat festival ini, tukang jahit, UMMI SYUHADA ABDUL RAHMAN berkata ia secara tidak langsung berjaya membantu peniaga kecil mengembangkan sekali gus mempromosi produk jualan mereka.

“Ini (festival) merupakan platform baik untuk peniaga memperkenalkan produk jualan kepada pelanggan. “Dengan cara ini juga secara tidak langsung mengembangkan perniagaan dengan lebih luas lebih-lebih lagi dalam industri makanan dan minuman (F&B) yang menawarkan pelbagai jenis produk,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru