Saturday, September 24, 2022

Demi cinta, gadis suntik dirinya dengan darah kekasih positif HIV 

Secara Rawak

SURAKUCHI: Semata-mata mahu buktikan cintanya, gadis sanggup menyuntik dirinya dengan darah teman lelakinya yang tercemar virus HIV, lapor TV Kalinga.

Menurut laporan itu, remaja lelaki yang positif HIV tersebut jatuh cinta dengan gadis berusia 15 tahun melalui Facebook.

Selang tidak lama kemudian hubungan mereka menjadi semakin rapat, mereka begitu tergila-gilakan satu sama lain sehingga tidak dapat berpisah lagi.

Selepas bercinta selama tiga tahun, gadis tersebut mengambil keputusan untuk menyuntik dirinya dengan darah teman lelakinya yang tercemar virus HIV.

Gadis tersebut dilaporkan sudah berkali-kali cuba melarikan diri dengan kekasihnya, namun dia berjaya dibawa pulang oleh ibu dan bapanya semula.

Namun, kali ini, dia melakukan sesuatu yang tidak dapat dibayangkan oleh sesiapa pun.

Gadis itu menyuntik dirinya menggunakan picagari dengan darah yang diambil daripada kekasihnya, yang menghidap HIV.

Doktor kini mengawasi gadis itu, manakala polis Hajo menahan teman lelakinya.

Keluarga gadis itu juga memulakan prosiding undang-undang terhadap lelaki tersebut.

Sementara itu, kes tersebut menjadi bualan hangat pengguna Twitter.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru