Sunday, September 25, 2022

Chee How layak digelar aktivis masyarakat

Secara Rawak

KUCHING: “Sepanjang saya mengenali YB See Chee How, beliau memang layak digelar aktivis masyarakat,” kata Ketua Penerangan dan Komunikasi PKR Sarawak Abun Sui Anyit. Malah, katanya dalam politik semasa dengan PKR dulu, beliau menganggap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Lintang itu sebagai rakan seperjuangan.

“Di luar PKR, saya tidak nampak beliau melakukan atau mengatakan sesuatu yang dianggap menyerang PKR,” katanya. Beliau berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas mengenai tindakan Chee How keluar dari Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Bagaimanapun, Abun enggan mengulas lanjut mengenai tindakan bekas rakan seperjuangannya dalam PKR itu keluar dari PSB. “Apabila beliau keluar dari PSB, saya tidak tahu sebabnya.

“Mungkin beliau mengambil kesempatan sebelum Akta Antilompat Parti 2022 dikuatkuasakan?” katanya. Keputusan Chee How meninggalkan PSB dimaklumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar pada Ahad selepas menerima surat peletakan jawatan Chee How pada 12 Ogos lalu.

Dengan itu, beliau berkata Chee How kini menjadi Adun Bebas. Ia sekali gus menjadikan kedudukan keahlian parti di Dun Sarawak adalah Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebanyak 76 kerusi, PSB tiga kerusi, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dua kerusi manakala Bebas satu kerusi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru