Sunday, October 2, 2022

Telatah comel kucing minum dari dispenser air

Secara Rawak

Sebuah video yang dikongsi pengguna bernama Buitengebieden di Twitter menyebabkan netizen terhibur melihatnya.

Pada permulaan video, kucing itu berdiri di sebelah dispenser air dan cuba mengeluarkan air daripadanya.

Apabila cubaan pertama kali tidak mendatangkan hasil, ia menaikkan lagi tap air dan meminum air dengan penuh bergaya.

Febnomena ini mencetuskan pelbagai komen netizen media sosial, malah ada yang menyarankan supaya kucing tersebut disediakan kerusi kecil bagi memudahkannya minum air.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru