Sunday, October 2, 2022

Serbuan: Tujuh lelaki ditahan di pusat hiburan

Secara Rawak

KUCHING: Seramai tujuh pengunjung pusat hiburan ditahan selepas didapati positif dadah dalam dua serbuan berasingan di sekitar Daerah Kuching, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching ke atas pusat hiburan berkenaan yang terletak di Jalan Ban Hock dan Jalan Song Thian Chook.

Katanya, seramai 43 orang juga telah diperiksa.

“Hasil saringan awal air kencing mendapati tujuh lelaki positif dadah.

“Kesemua yang telah diperiksa berumur lingkungan 19 hingga 51 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kesemua suspek yang ditangkap disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jelasnya, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih daripada RM5,000 atau hukum penjara tidak lebih daripada dua tahun.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru