Sunday, October 2, 2022

Pesta Daro dalam kalendar pelancongan

Secara Rawak

DARO: Pesta Daro bakal dimasukkan dalam Kalendar Pelancongan Sarawak sebagai satu acara tarikan pelancong. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan,

Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kementeriannya akan menguruskan peruntukan bagi melaksanakan Pesta Daro pada masa akan datang “Peruntukkan akan diatur melalui kementerian saya dan seterusnya melalui Pejabat Daerah, wakil-wakil rakyat dan agensi lain akan dapat merancang program dan aktiviti menarik untuk kawasan ini pada masa akan datang.

“Setelah dilihat daripada sambutan dan pemerhatian kita sendiri  bersama -sama orang ramai termasuk dengan pemimpin di kawasan ini, saya boleh katakan bahawa Pesta Daro untuk tahun ini amat berjaya sekali.

“Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya melaksanakan pelbagai pengisian program dan saya percaya kehadiran pengunjung yang begitu ramai merupakan kekuatan utama untuk pesta ini mendapat sambutan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Pesta Daro 2022 di sini semalam. Pesta 10 hari yang berakhir semalam itu berjaya menarik ribuan pengunjung dari dalam dan luar Daro. Sekitar 159 gerai jualan dibuka yang menjual pelbagai produk.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru