Sunday, October 2, 2022

Lima kategori diberi keutamaan

Secara Rawak

SARATOK: Lima kategori projek akan diberi keutamaan untuk dilaksanakan di bawah Agensi Pembangunan Bersepadu Betong (Bida) di Dun Kalaka.

Adun Kalaka Mohd Duri berkata, ia merangkumi infrastruktur, perhubungan jalan, fasiliti sosial, sukan dan stadium tertutup.

Menurutnya, banyak projek dicadang untuk dilaksanakan semasa Makmal Strategi Pembangunan Bida di Pusat Konvensyen Raia, Kuching baru-baru ini.

“Ia anjuran Pejabat Residen Bahagian Betong yang melibatkan semua agensi kerajaan termasuk pemimpin masyarakat dalam Bahagian Betong.

“Bagaimanapun, jenis projek yang akan dilaksanakan di Dun Kalaka belum dapat saya dedahkan buat masa ini kerana ia sulit dan masih di peringkat pemilihan kategori.

“Namun saya tidak nafikan memang banyak projek yang akan dilaksanakan di bawah Bida untuk Dun Kalaka nanti,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian dan Penutupan Kejohanan Kriterium di Pentas Utama Sri Kalaka di sini, semalam.

Menurutnya, fokus projek tersebut sudah pasti melibatkan kemudahan yang belum dibangunkan di kawasan Dun Kala. “Paling penting ia adalah projek berimpak tinggi.

Menjadi harapan kita agar tiada seorang pun penduduk Dun Kalaka sama ada Melayu, Cina, Iban dan sebagainya ketinggalan atau tercicir daripada projek ini,” ujarnya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru