Sunday, September 25, 2022

Lelaki terima padah pukul teman wanita

Secara Rawak

KUCHING: Gara-gara pukul bekas teman wanita menggunakan helmet kerana meminta putus, seorang pemuda dijatuhi hukuman denda RM2,300 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh Mohammad Kamarudeen Kep,27, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia sengaja memukul seorang wanita berusia 24 tahun menggunakan topi keledar di sebuah bilik sewa di Jalan Matang, sekitar jam 1.30 petang, 11 Ogos lalu.

Pendakwaan kes mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sepuluh tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana berkaitan, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, mangsa telah datang ke bilik sewa tertuduh untuk mengambil barang-barang miliknya kemudian lalu dipukul bekas teman lelakinya menggunakan topi keledar berwarna biru.

Punca kejadian kerana tertuduh tidak berpuas hati apabila mangsa meminta putus daripadanya sehingga berlaku pertengkaran di antara mereka.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kesakitan di bahagian kepala seterusnya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Tertuduh berjaya ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kuching di sebuah kafe sehari selepas kejadian.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru