Sunday, October 2, 2022

Lapan kematian Covid-19, 2,437 kes jangkitan

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 2,437 lagi kes Covid-19 direkodkan di negara ini semalam.

Katanya, terdapat 42,203 kes aktif, turun 4.6 peratus berbanding 14 hari lalu.

Sementara itu, katanya, lapan lagi kematian Covid-19 dicatatkan semalam.

Kematian berlaku di Johor (2), Melaka (2), Perak (2), Pahang (1) and Pulau Pinang (1).

Sebanyak 36,093 kematian Covid-19 direkodkan di negara ini sejak virus maut itu dikesan pada mac 2020.

Sebanyak 124 kematian direkodkan setakat ini pada bulan ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru