Sunday, October 2, 2022

Kerajaan Sarawak akan bina satu lagi pusat konvensyen yang lebih besar

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan membina satu lagi pusat konvensyen dekat sini sebagai usaha untuk menyediakan tempat yang sesuai bagi penganjuran acara berskala besar.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkara tersebut merupakan sebahagian daripada usaha dan perancangan untuk membina lebih banyak tempat pertemuan di negeri ini.

“Malam ini (15 Ogos), kita (Kerajaan Sarawak)  memutuskan untuk memperluaskan pusat konvensyen kita dengan menambah bangunan lain.

“Justeru, ia bukan sahaja akan membolehkan penganjuran konvensyen, tetapi juga pameran sekali gus akan menjadi tempat yang sesuai untuk pameran di Kuching,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian sempena Majlis Makan Malam Persatuan Hotel Malaysia (MAH) di Hotel Hilton Kuching, malam tadi.

Tambahnya, beliau juga mengharapkan agar pembinaan bangunan tersebut dapat disiapkan menjelang 2024.

“Ini juga kerana kita akan mengadakan konvensyen besar di sini (Kuching) berhubung dengan hidrogen.

“Saya juga akan ke Jepun untuk menyampaikan ucapan mengenai hidrogen pada bulan hadapan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, beliau juga memaklumkan bahawa sebuah pusat konvensyen juga akan dibina di Miri.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru