Thursday, October 6, 2022

Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2022: Amaran awal petinju muda

Secara Rawak

SIMANGGANG: Hari pertama berlangsung Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2022 cukup hebat.

Kategori remaja berbeza berat badan membuka tirai gelanggang seawal petang tadi.

Enam perlawanan peringkat awal dilangsungkan dan menyaksikan kemaraan petinju pilihan selepas mudah menumpaskan lawan masing-masing.

Aksi pertama kategori (46-48kg) yang mudah dimenangi petinju dari Johor Darul Ta’zim, Mohamad Naryzan Naim Abdullah yang mudah menumpaskan petinju dari Sri Aman, Stanley Buntan Anak Sain.

Sementara itu, kemenangan mudah diperoleh Kenaddy Bilong Anak Naga yang mewakili Sri Aman keatas wakil petinju dari Asajaya, Mohamad Nur Hazim Abidin dari kategori sama (46-48kg).

Dalam pada itu, Carlson Ngu Thian Ze dari Sibu turut berjaya memastikan kemaraan ke pusingan seterusnya selepas mencatat kemenangan keatas Edwin Anak Manja (Sarawak) kategori Fly Weight (54kg).

Seorang lagi petinnu dari Johor Darul Ta’zim, Ahmad Danish Mohamed Nasir turut berjaya mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya selepas mengenepikan Muhammad Irfan Raslan dari Asajaya juga bagi kategori (Fly Weight 54kg).

Bagi kategori Feather Weight (63.5kg), petinju muda dari Asajaya iaitu Mohd. Qairul
Imran Jasman berjaya menumpaskan Pirdaus Sanggalang dari kelab (BBA) untuk mengesah masa ke pusingan seterusnya.

Sambil itu, Tengku Amyrul Tengku Amyrul Mohd. Sabri dari Johor Darul Ta’zim mudah melepasi pusingan pertama menerusi kemenangan mudah keatas wakil tuan rumah (Sri Aman), Yohanes Tyson Rentap Anak Surai kategori Feather Weigh (63.5kg).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru