Sunday, October 2, 2022

Jijik, mop dan berus tandas tergantung di atas doh piza

Secara Rawak

BENGALURU: Pengguna Twitter dilaporkan marah dan mengecam sikap pemilik restoran makanan segera yang tidak mengambil endah tentang faktor kebersihan.

Ia ekoran sebuah video yang dikongsi individu bernama Sahil Karnany di Twitter.

Video menunjukkan mop dan berus tandas tergantung betul-betul di atas doh mentah yang disediakan untuk membuat piza di premis tersebut.

“Beginilah cara @dominos_india menghidangkan kami Piza segar! Sungguh menjijikan,” komen Sahil dalam Twitternya.

Menurutnya dia menunggu pesanan pizanya sekitar 11.30 malam.

“Saya memesan makanan di premis itu dan keluar selama 10 minit. Apabila saya balik mereka meminta saya menunggu di pintu belakang kedai kerana mereka menutup bahagian depan.

“Jadi sementara menunggu saya mengambil gambar dan merakam video itu,” kata Karnany semasa di temu ramah oleh News9.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru