Saturday, October 1, 2022

Ismail Sabri lakukan pembaharuan politik radikal

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Kadang-kadang  amat mudah untuk kita bersikap sinis dengan pemimpin kita, kata Naib Presiden Umno,  Datuk Seri Khaled Nordin.

Namun, katanya, janganlah sehingga menjadikan kita tidak lagi objektif dan gagal bersifat rasional.

“Sesungguhnya bukanlah mudah mengemudi negara dalam keadaan yang sangat mencabar sebegini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul,” katanya.

Untuk itu katanya, perdana menteri mesti diberi ruang untuk menguruskan negara dengan caranya tersendiri.

Katanya lagi, memang benar rakyat gelisah dengan kenaikan harga barang dan inflasi yang meningkat.

“Ini bukan isu yang berlaku di Malaysia sahaja. Ia adalah fenomena global akibat dari ‘multifacated’ elemen yang di luar kawalan kerajaan. Kita mesti mengiktiraf keputusan Kerajaan dalam usaha memastikan kos sara hidup tidak begitu membebankan,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Jelas Khaled, bukanlah mudah untuk kerajaan memutuskan hampir RM80 billion dibelanjakan untuk membiayai subsidi pelbagai komoditi dan barangan keperluan rakyat bagi tahun ini.

“Ia hampir sepertiga dari perolehan negara. Jumlah yang sangat besar ini bermakna kita terpaksa mengorbankan banyak keperluan pembangunan yang sangat diperlukan,” katanya.

Kata Khaled lagi, semenjak Ismail Sabri mengambil alih pentadbiran, beberapa pembaharuan politik yang radikal juga telah beliau laksanakan.

Ujar bekas Menteri Besar Johor itu, penting untuk rakyat menghargai kejayaan Ismail Sabri membanteras kecurangan politik dengan lulusnya Rang Undang-undang Anti-Lompat Parti yang turut disokong pembangkang.

Tindakan radikal lain ialah menghapuskan permit import (AP) bagi mengatasi masalah kecukupan makanan ialah langkah yang sangat berani.

Bagi Khaled, ia langkah yang paling tepat bagi mengatasi segala masalah kecukupan makanan yang kita hadapi.

“Apalagi bila AP seperti suatu ‘sumpahan’ yang semua orang ingin menghindari daripada menyentuhnya selama ini,” tegasnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru