Sunday, September 25, 2022

Dakwa pihak terlibat salah laku LCS

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO tetap berpendirian tegas agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara segera bertindak berhubung kemelut yang melanda  projek kapal tempur pesisir (LCS).

Menurut  Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pihak berkuasa mesti mendakwa mereka yang didapati terlibat dalam sebarang salah laku sama ada pecah amanah, menipu, rasuah atau apa jua bentuk penyelewengan hingga menyebabkan kelewatan menyiapkan enam 6 kapal tersebut.

Ujar beliau, selagi tiada pendakwaan selagi itulah persepsi dan pelbagai naratif fitnah akan terus dicipta dan ditular bagi menjatuhkan seteru politik terutamanya menjelang pilihan raya.

“Isu ini adalah isu berkeutamaan tinggi kerana melibatkan aset-aset pertahanan dan keselamatan negara yang melibatkan wang rakyat yang sudah dibelanjakan sehingga RM6 billion,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Justeru tambah Dr Asyraf lagi, keutamaan harus diberikan untuk pihak SPRM segera menyelesaikan siasatan jika apa yang dilaporkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjurus kepada pembuktian bahawa wujud penyelewengan dan salah laku mana-mana individu termasuk berprofil tinggi.

 

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru