Saturday, September 24, 2022

90 kenderaan disaman dalam Op Lejang

Secara Rawak

ASAJAYA: Sebanyak 90 kenderaan disaman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Op Lejang, di Jalan Asajaya, di sini senalam.

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, operasi melibatkan beberapa agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Alam Sekitar dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, sebanyak 694 kenderaan telah diperiksa dalam operasi yang bermula sekitar jam 8 malam sehingga 12 tengah malam.

“Operasi tersebut memberi tumpuan kepada pemeriksaan motosikal yang ubahsuai tanpa kebenaran.

“Di samping, memastikan golongan muda terutamanya memiliki lesen yang sah serta dilindungi insuran semasa di atas jalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi turut dihadiri Pengarah JPJ Sarawak Norizan Jili serta Ketua Bahagian Penguatkuasa Negeri Maya Morshidi.

Dalam pada itu, katanya, JPJ akan meneruskan operasi ini bagi memastikan para pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan serta tidak mengubahsuai kenderaan mereka sesuka hati bagi keselamatan semua pihak.

“Operasi harian serta pemantauan juga akan terus dipertingkatkan bagi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan,” jelasnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru