Sunday, October 2, 2022

Wanita rentung dalam kecelakaan di Limbang

Secara Rawak

LIMBANG: Seorang wanita rentung selepas kereta dipandunya terbakar dalam nahas apabila  Proton Saga dan 4WD Toyota Hilux  bertembung dalam kejadian di Jalan Nanga Menamit di sini hari ini.

Menurut jurucakap pusat gerakan operasi bomba, pihaknya menerima panggilan pada 9 pagi, lalu menggerakkan pasukan bomba  ke lokasi.

Komander Operasi, Awangku Mohd Hazman Awang Zainal berkata, kedua-dua kenderaan tersebut dilaporkan berlanggar dan mengakibatkan kenderaan Proton Saga terbakar di lokasi, sementara kenderaan Hilux terbabas di tepi jalan.

Katanya dalam satu kenyataan, pasukan bomba terus membuat kerja-kerja pemadaman sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Selepas selesai pemadaman, anggota bomba mendapati seorang mangsa wanita rentung dalam kenderaan Proton Saga.

“Maklumat mangsa belum dapat dikenal pasti, manakala pemandu Hilux mengalami kecederaan dan telah dihantar orang awam ke hospital berdekatan,” katanya dalam kenyataan itu lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru