Monday, September 26, 2022

Tingkatkan budaya bersukan dalam kehidupan seharian

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 11 acara sukan dalaman dan luaran diadakan sempena Program Liqa Marhabbah Jabatan-jabatan Mufti SeMalaysia di Stadium Mini Unimas, kelmarin.

Jumlah itu menjadikan Sarawak selaku tuan rumah edisi kedua yang berjaya mempersiapkan program lebih besar berbanding sebelumnya.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penyertaan daripada jabatan luar negeri mendapat sambutan memberangsangkan.

“Ia sekali gus mampu meningkatkan budaya bersukan dalam kehidupan seharian masyarakat.

“Sukan adalah kesihatan dan mampu untuk memperkukuhkan perpaduan kerana ia satu aktiviti unik yang mampu memberi impak kepada kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

“Saya percaya program sebegini akan dapat mengeratkan lagi silaturahim antara keluarga jabatan mufti di Malaysia,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian program tersebut di Stadium Mini Unimas, kelmarin.

Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan mengalu-alukan kedatangan wakil daripada luar Sarawak.

Beliau dalam pada itu percaya kedatangan pengunjung dari luar Sarawak mampu memberi kesan positif kepada aktiviti pelancongan di negeri ini.

Nikmatilah keunikan dan keharmonian Sarawak dengan mengunjungi tempat-tempat menarik di sini kerana di sekitar bandar raya Kuching, banyak tempat menarik dan bersejarah dapat kita kunjungi,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru