Sunday, October 2, 2022

Positif dadah, tujuh lelaki ditahan di pusat hiburan

Secara Rawak

KUCHING: Seramai tujuh pengunjung pusat hiburan ditahan selepas didapati positif dadah dalam dua serbuan berasingan sekitar Daerah Kuching, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di Jalan Ban Hock dan Jalan Song Thian Chook.

Katanya, sepanjang operasi, seramai 43 orang telah diperiksa.

“Hasil saringan awal air kencing mendapati tujuh lelaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Kesemua yang telah diperiksa berumur lingkungan 19 hingga 51 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek yang ditangkap disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jelasnya, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih daripada RM5,000 atau hukum penjara tidak lebih daripada dua tahun.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru