Saturday, October 1, 2022

Nirvana Kuching sumbang RM20,000 untuk Pertubuhan Pemeliharaan Hayat Kuching

Secara Rawak

BAU: Taman Peringatan Nirvana Kuching menyumbang RM20,000 kepada Pertubuhan Pemeliharaan Hayat Kuching untuk membeli ambulans baharu.

Pengerusi pertubuhan, Hung Sung Huo yang menerima sumbangan tersebut menzahirkan penghargaan kepada Taman Peringatan Nirvana Kuching.

Selain itu, beliau turut berterima kasih kepada orang ramai yang menghulurkan sumbangan.

“Saya amat menghargai budi dan kemurahan hati para penderma serta orang ramai.

“Keperluan ambulans baharu adalah untuk menggantikan ambulans lama yang terlibat dalam kemalangan.

“Oleh itu, apabila kami telah mendapat ambulans baharu, kami akan terus memberikan perkhidmatan kepada mereka yang sakit,” katanya pada upacara sembahyang di Taman Peringatan Nirvana Kuching, hari ini pada Ahad.

Dalam pada itu, Pegawai Eksekutif Nirvana Siaw Chow Jin berkata upacara sembahyang ini merupakan kali pertama diadakan secara fizikal selepas dua tahun pandemik.

Katanya, upacara sebelum ini diadakan secara dalam talian melalui siaran lansung Facebook sepanjang pandemik Covid-19.

“Dalam kita beralih ke fasa endemik, kita melihat trend peningkatan orang ramai melawat insan tersayang di taman peringatan di sini.

“Selain itu, memandangkan Bau semakin pesat membangun, lebih ramai pengunjung akan melawat bandar dan kawasan sekitarnya terutamanya Tasik Biru, Gua Pari, Air Panas Paku, Taman Eko Serembu, Pekan Siniawan dan lain-lain.

“Nirvana juga menjadi tarikan pelancong untuk orang ramai mempelajari budaya dan agama. Mereka juga boleh pemimpin terdahulu yang disemadikan di sini,” katanya.

Pemimpin yang disemadikan seperti Datuk Patinggi Tan Sri Wong Soon Kai, Tan Sri Stephen Yong, Tan Sri James Jemut Masing serta yang lain dikebumikan di taman peringatan itu.

Upacara sembahyang turut dihadiri Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Serembu Vylen Lai mewakili Adun Serembu Miro Simuh.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru