Sunday, October 2, 2022

Lima lagi kematian Covid-19, 3,045 kes baharu

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan lima lagi kematian semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 36,085 setakat ini.

Kematian direkodkan di Kedah (3), Johor (1) dan Perak (1).

Sepanjang minggu lalu, purata lapan orang dilaporkan meninggal dunia akibat wabak berkenaan.

Sementara itu, kata KKM lagi, sebanyak 3,045 kes baharu Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan akibat pandemik itu adalah sebanyak 4,735,547 kes.

Jumlah kes aktif kini ialah 43,431, turun 2.7 peratus berbanding 14 hari lalu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru