Sunday, October 2, 2022

IPD Marudi sedia tambah anggota polis

Secara Rawak

MARUDI: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi bersedia untuk menambah bilanggan anggota polis untuk meningkatkan keselamatan dan perkhidmatan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berpendapat bahawa anggota polis di IPD Marudi perlu ditambah kerana ia meliputi meliputi sebahagian besar daerah terus termasuk Baram.

“Marudi adalah salah satu daerah terbesar di Sarawak dan semasa taklimat pagi tadi, saya telah berbincang dengan Ketua Polis Daerah Marudi Deputi Superintendan Ruslan Mat Kib mengenai perkara tersebut dan saya meminta beliau untuk menyediakan kertas kerja,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan media berhubung perancangan untuk menambah baik IPD Marudi pada masa akan datang.

Terdahulu, Mohd Azman bersama rombongan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak tiba di IPD Marudi untuk lawatan kerja.

Katanya, kadar jenayah di Daerah Marudi masih terkawal.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru