Sunday, October 2, 2022

30 peserta tamat Program Kursus Pengurusan Sukan Negara (KPSK) Tahap I

Secara Rawak

MIRI: Lebih 30 peserta berjaya menamatkan Program Kursus Pengurusan Sukan Negara (KPSK) julung kali diadakan di Universiti Curtin Sarawak Malaysia bermula dari 9 hingga 12 Ogos lalu.

Kesemua peserta terdiri dari Bintulu, Miri, Limbang, Berkenu, Lawas dan juga Labuan yang merupakan pengamal sukan, peminat sukan dan pegawai kelab sukan, persatuan, universiti, kolej dan agensi kerajaan.

Program Kursus Pengurusan Sukan Negara (KPSK) peringkat 1 yang pertama telah diadakan baru-baru ini dan telah dijalankan dengan jayanya di Universiti Curtin Sarawak Malaysia dari 9-12 Ogos 2022 Seramai lebih 30 peserta dari zon utara terdiri daripada peserta dari telah menghadiri kursus Pengurusan Sukan Negara peringkat satu yang julung kali diadakan di Miri, Sarawak.

Kursus KPSK Tahap 1 Pertama di Sarawak ini telah berlangsung dengan jayanya di Curtin dan ia dianjurkan bersama oleh SSC , MSN Sarawak dan Curtin University Malaysia.

Kursus anjuran bersama Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Majlis Sukan Negara (MSN) Sarawak dan Universiti Curtin dikendalikan oleh pakar pengurusan sukan SSC, persatuan sukan dan pensayarah universiti dalam bidang pengurusan dan pentadbiran sukan.

Ketua Penilai Kursus Tahap 1 MSN merangkap Panel Ketua Jawatankuasa Pelaksana Kursus KPSK Sarawak Dr Ong Kong Swee berkata, KPSK merupakan program pengurusan sukan berstruktur yang akan diadakan di tiga peringkat bermula Tahap I yang mana peserta lulus akan dianugerahkan sijil.

“Sijil Tahap I sebenarnya akan dapat mengurus di sekolah dan peringkat kelab di daerah mereka diikuti Tahap II (peringkat negeri) manakala Tahap III untuk peringkat Kebangsaan,” katanya.

Dr Ong Kong Swee yang dihantar oleh Majlis Sukan Negara selaku ketua penilai kursus tahap 1 bagi pihak majlis sukan negara Malaysia dan juga Panel Ketua jawatankuasa pelaksana kursus KPSK di sarawak.

Wakil MSN merangkap Ketua penyelaras kursus KPSK, Mohd Yuzaidi Usop menzahirkan penghargaan kepada pihak Universiti Curtin dalam membantu kelancaran kursus KPSK.

“Tempat itu sangat baik dan kondusif dengan dewan tutorial, kemudahan asrama dan katering makanan yang bagus, hebat dan berpatutan,” ujarnya.

Beliau menambah, pihaknya pasti akan memastikan pengamal Sukan Sarawak terutamanya persatuan dan kelab sukan diberi keutamaan dan peluang untuk menghadiri lebih banyak kursus KPSK Tahap 1 dan 2 ini pada masa hadapan di Sarawak.

Majlis penutupan KPSK tahap 1 telah ditutup secara rasmi oleh Ahmad Rodzli Hashim bagi mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak, Mohshidi Federick.

Turut menghadiri majlis penutupan itu ialah Ketua Pegawai Operasi Universiti Curtin Sarawak Malaysia Ir. Pieter Willem Pottas, Ketua Program Pengurusan Sukan Negara MSN, Mohd Junaidi Usop, Ketua Zon Utara SSC, Netty Elvis.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru