Sunday, September 25, 2022

Wujudkan pekerja yang produktif dan berdaya saing

Secara Rawak

KUCHING: Organisasi yang memberi perhatian kepada usaha meningkatkan kecerdasan spiritual pekerjanya,  berjaya mewujudkan pekerja yang produktif dan berdaya saing.

Menurut penceramah dan perunding Moslem Anoar, justeru penting bagi majikan memberi ruang kebebasan  kepada pekerja untuk menjalankan pekerjaan mereka. Contohnya, jelas beliau, jika pekerja lebih produktif dengan bekerja dari rumah, maka biarkan mereka terus bekerja dari rumah.

“Sebab yang penting ialah produktiviti yang dihasilkan dan bukannya kehadiran di pejabat,” jelasnya.

“Dengan adanya ruang kebebasan begini, majikan bukan sahaja akan melahirkan pekerja yang produktif tetapi juga dapat menjimatkan kos operasi seperti sewa ruang pejabat,” katanya lagi.,

Katanya, kos utiliti juga dapat dikurangkan dan sebagainya.

“Ada yang tidak suka bekerja dari rumah. Kalau saya diberi tanggungjawab, bagi mereka yang suka bekerja di rumah, terusk kekalkan mereka bekerja di rumah atau sediakan pilihan untuk mereka hadir atau tidak ke pejabat dalam tempoh-tempoh tertentu,” katanya lagi.

Manakala, katanya, bagi mereka yang suka bekerja di pejabat, biarkan mereka menghidupkan ruang pejabat.

 

 

 

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru