Sunday, October 2, 2022

Sengaja mencuri kerana suka tinggal di penjara

Secara Rawak


BANGKOK: Seorang lelaki warga emas baru-baru ini menjadi perhatian ramai di Thailand selepas mengaku dia sengaja mencuri dengan harapan dia ditangkap dan dipenjarakan.

Alasannya kerana dia terlalu miskin untuk menampung kehidupan hariannya.

Dalam insiden agak luar biasa itu lelaki berusia 60 tahun yang dikenali sebagai Phichit ditangkap polis semasa mencuri di sebuah farmasi di wilayah Chonburi, selatan Bangkok.

Dia dikatakan ditemui mencuri tiga ketul sabun RM2.14 (THB17) oleh pekerja kedai.

Premis itu mempunyai amaran sangat tegas ke atas kegiatan mencuri kedai, dengan penjenayah diarah membayar denda sehingga 30 kali ganda nilai barang yang dicuri dan juga hukuman penjara.

Bagaimanapun, dalam kes ini, pemilik kedai sanggup melepaskan Phichit, malah seorang pelanggan kedai yang melihatnya turut menawarkan untuk membayar denda untuknya.

Namun, pemilik dan pekerja premis itu menjadi terpinga-pinga apabila Phichit menolak semua tawaran terbabit, lapor Oddity Central.

Malah, Phichit juga meminta supaya mereka menghubungi polis untuk menangkapnya.

Semasa disoal siasat, lelaki itu menjelaskan dia lebih suka menghabiskan masa di penjara, kerana dia dapat makan percuma tiga kali sehari sehari dan bergaul dengan orang lain, daripada tinggal di jalanan, tanpa pekerjaan dan berisiko mengalami kelaparan dan kematian.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru