Sunday, October 2, 2022

Projek enam kapal tempur pesisir terus berjalan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pihak media dibenarkan naik dan melihat sendiri kapal kapal tempur pesisir pertama (LCS1) yang setakat April lalu, siap 60 peratus dan mengambil masa dua tahun lagi siap sepenuhnya.

Dilaporkan LCS2 pula sudah siap 48 peratus, LCS3 siap 43 peratus, LCS4 siap 36 peratus dan LCS5 siap 22 peratus.

Manakala, pembinaan LCS6 belum bermula.

Purata sebuah kapal ini mengambil masa empat tahun untuk disiapkan.

CEO syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) Azhar dalam kenyataannya ketika lawatan media di tapak pembinaan kapal LCS di Lumut, Perak pada Sabtu,
menyangkal laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung projek LCS yang dikatakan 15 peratus daripada barangan bernilai RM1.7 bilion boleh dikira usang.

BNS mendapat kontrak menghasilkan LCS menerusi rundingan terus.

Setakat 2020, sudah RM6 bilion dibayar walaupun
syarikat itu gagal menepati tarikh penyerahan 2019 dan 2020 lepas.

Bagaimanapun, kabinet pada 2021 setuju agar BNS meneruskan projek itu dengan beberapa syarat perlu dipatuhi.

Ketika ini, menurut Azhar, pembinaan kapal tetap berjalan dan pada masa yang sama BNS mengadakan perbincangan dengan OEM dan kerajaan untuk langkah seterusnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru