Sunday, September 25, 2022

Program Quick Win manfaatkan 1,523 peserta luar bandar S’wak

Secara Rawak

SARIKEI: Jabatan Kemajuan Masyarakat Tanjong Manis melancarkan Quick Win Kiosk (QUKIS Kemas) sebagai inisitiaf untuk membimbing usahawan Kemas, mempromosi dan membantu memasarkan produk mereka untuk bersaing di pasaran.

Ahli Parlimen Tanjong Manis merangkap Pengerusi CIDB Malaysia, Ir Yusuf Abdul Wahab berkata, program Quick Win yang bermula sejak 2017 merupakan sebahagian daripada program kemahiran di bawah Kemas dengan peruntukan sebanyak RM13 juta.

“Justeru, kami berharap agar semua peserta yang mengikuti program ini mendapat ilmu, pengajaran, maklumat, idea, pengetahuan serta sedikit modal untuk memulakan perniagaan mereka.

“Syabas dan tahniah kepada pihak Kemas atas usaha dan penat lelah mereka dalam menjayakan program ini selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Quick Win Kiosk di Pusat Masakan Kemas Jalan Allamanda Kampung Seberang Sarikei.

Sehingga 2021, program ini sudah mencapai 16,293 peserta di seluruh negara dan lebih 30 peratus peserta berjaya menambah pendapatan sebanyak RM1,000 sebulan.

Di Sarawak sahaja, seramai 1,523 peserta luar bandar mendapat bantuan melalui Program Quick Win dengan nilai RM2.3 juta.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sijil kepada peserta kursus, Sijil Kemahiran Modular Kemas (SKMK) Siri 1 dan Siri 2 kepada 30 orang peserta dan seterusnya melawat kios produk hasil tangan mereka.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru