Sunday, September 25, 2022

Pesta Daro Dirancang Dimasukkan Dalam Kalender Pelancongan Sarawak

Secara Rawak

DARO: Pesta Daro bakal dimasukkan dalam kalender Pelancangan Sarawak sebagai satu acara pelancongan tahunan di negeri ini.

Itu jelas Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dalam ucapannya di majlis Penangguhan Pesta Daro 2022 di sini hari ini.

Katanya menerusi kementeriannya iaitu Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan akan menguruskan peruntukan bagi melaksanakan Pesta Daro pada masa akan datang.

“Peruntukkan akan diatur melalui kementerian saya dan seterusnya melalui Pejabat Daerah, wakil-wakil rakyat dan agensi lain akan dapat merancang program dan aktiviti menarik untuk kawasan ini pada masa akan datang.

“Setelah dilihat dari sambutan dan pemerhatian kita sendiri bersama -sama orang ramai termasuk dengan pemimpin di kawasan ini, saya boleh katakan bahawa Pesta Daro untuk tahun ini amat berjaya sekali.

“Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya melaksanakan pelbagai pengisian program dan saya percaya kehadiran pengunjung yang begitu ramai merupakan kekuatan utama untuk pesta ini mendapat sambutan,” ujarnya.

Dalam pesta selama 10 hari yang berakhir hari ini dianggarkan lebih ribuan pengunjung dari dalam dan luar Daro telah datang sejak hari pertama ia dibuka minggu lalu.

Malahan lebih 159 gerai jualan telah dibuka untuk orang tempatan dan masyarakat luar menjual pelbagai produk jualan mereka.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru