Sunday, October 2, 2022

Pencuri kereta bersembunyi dalam patung beruang

Secara Rawak

MANCHESTER: Seorang remaja yang dikehendaki pihak berkuasa kerana mencuri kereta berjaya ditahan selepas di temui cuba bersembunyi di dalam patung beruang gergasi, lapor Indy100.

Menurut catatan Facebook, Polis Greater Manchester, Joshua Dobson, 18, dicari polis sejak Mei lalu, apabila dia mencuri kereta dan mengisi minyak tanpa membayarnya.

Bulan lalu, apabila pegawai pergi ke alamatnya untuk menangkapnya, mereka melihat patung beruang gergasi di kediamannya yang kelihatan seperti bernyawa.

Rupa-rupanya suspek menyumbat dirinya di dalam boneka beruang gergasi setinggi 5 kaki itu.

Sejak kisahnya dikongsikan di Facebook, netizen media sosial menganggap ia amat melucukan dan memberi pelbagai komen lucu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru