Thursday, October 6, 2022

Objek asing jatuh di atas rumah panjang semalam

Secara Rawak

BINTANGOR : Dentuman kuat pada bumbung mengejutkan penduduk Rumah Renyam, Sungai Asan Bayu di sini, sehingga membawa kepada penemuan satu objek yang mencurigakan.

Kewujudan objek berwarna perak itu bagaimanapun hanya disedari pemilik rumah sejurus beliau pulang ke rumahnya, sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Merah pada jam 6.25 petang semalam.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, bergegas ke lokasi sejurus menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Njcholas Belulin berkata, objek yang berukuran dua inci lebar dan tiga inci panjang itu tersangkut di kayu alang rumah pengadu.

“Kesan hentaman kuat sehingga meninggalkan bekas dengan kedalaman kurang satu inci dan kesan koyak pada atap rumah.

“Ia kemudiannya dibawa oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu dan Balai Polis Lanang untuk siasatan lanjut. ,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru