Thursday, October 6, 2022

Lima suspek serang ustaz, pelajar tahfiz ditahan

Secara Rawak

 

KUALA LUMPUR: Suspek penyerang ustaz dan pelajar tahfiz di Lipis, Pahang ditahan polis pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Lipis, tangkapan ke atas ketiga-tiga suspek dilakukan selepas penahanan dua suspek sebelum itu bagi tujuan proses dokumentasi dan mendapatkan perintah reman mahkamah.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh kawasan.

Laporan menyebut, siasatan mendapati kelima-lima suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan saringan awal mendapati mereka positif dadah serta disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1957.

Pengadu iaitu pelajar tahfiz yang dipukul membuat laporan di Balai Polis Kuala Lipis.

Dalam insiden serangan tersebut, suspek menyerang ustaz kerana tidak puas hati berkaitan pembayaran makanan di pusat tahfiz berkenaan.

Ekoran kejadian itu, ustaz terbabit menerima empat jahitan di mata kanan, cedera di tangan dan lebam di badan, manakala pelajar tersebut cedera di badan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru