Monday, December 5, 2022

Adun Batu Lintang See Chee How keluar PSB

Secara Rawak

KUCHING:  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How mengumum keluar Parti Sarawak Bersatu (PSB) berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu disahkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar hari ini.

“Saya menerima sepucuk surat daripada Yang Berhormat Batu Lintang See Chee How melalui suratnya pada 12  Ogos.

“Dia tidak melompat parti, dia hanya meletak jawatan dan menjadi ahli bebas dalam DUN Sarawak,” kata Mohamad Asfia dalam satu sidang media.

Chee  How menang kerusi itu atas tiket PSB dengan menewaskan empat calon lain dalam PRN-12 pada 18 Dis lalu

Beliau menang majoriti sebanyak 93 undian setelah meraih 4,420 undi dengan mengalahkan empat lagi calon lain dari GPS, PKR, PBK dan Aspirasi.

Dengan itu, kini di DUN Sarawak, GPS mempunyai 76 kerusi, PSB tiga, DAP dua, dan Bebas satu.

Pada Mac lalu, Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Masir Kujat turut mengambil keputusan yang sama dan bertindak menjadi menjadi wakil rakyat bebas.

Jelas Masir ketika itu, keputusan berkenaan dicapai setelah berbincang bersama penyokong di peringkat akar umbi.

Katanya antara faktor utama beliau keluar parti adalah situasi politik negara yang tidak stabil dan telah menjejaskan ekonomi negara, pembangunan serta kesejahteraan rakyat.

“Saya percaya langkah terbaik untuk mara ialah mengetepikan politik buat masa ini agar dapat membantu menstabilkan dan membina semula negara tercinta ini,” katanya.

Ahli Majlis Tertinggi PSB itu turut menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru