Saturday, September 24, 2022

Telus rancang aktiviti kampung

Secara Rawak

BETONG: Jawatankuasa pengurusan kampung diingatkan agar sentiasa telus merencana aktiviti serta rekod kampung.

Adun Simanggang Datuk Francis Harden Hollis berkata, jawatankuasa induk berperanan menguruskannya agar berfungsi dengan baik.

“Saya gemar untuk menekankan agar setiap pengurusan kampung perlu bekerjasama dan bersikap telus serta bertanggungjawab merencana aktiviti dan rekod kampung,” katanya.

Timbalan Menteri Pembangunan Bakat itu berkata demikian pada majlis merarau anjuran jawatankuasa pengurusan Kampung Duri Asal, Bangat di Dewan Sukan Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan.

Jelasnya, kerjasama amat penting untuk memastikan kelancaran pengurusan jawatankuasa kampung. “Sesiapa yang dipilih perlu sedar bahawa rakyat mengharapkan mereka menjalankan amanah dengan telus.

Maka, jalankan tugas dengan penuh keikhlasan dan mesra rakyat,” ujarnya.

Harden pada majlis tersebut meluluskan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada jawatankuasa pengurusan kampung Rumah Panjang Narok, Kampung Duri Asal sebanyak RM10,000 dan RM5,000 kepada Biro Wanita.

Untuk rekod, program kali ini diadakan bagi mendapatkan dana pelbagai sumber untuk membiayai projek pembinaan Rumah Panjang Narok Linang, Duri Asal yang baharu untuk menggantikan rumah panjang lama yang telah uzur.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru