Sunday, September 25, 2022

Lelaki jatuh di dalam lubang

Secara Rawak

Saat cemas lelaki jatuh di dalam lubang semasa undur motosikal

Video lelaki terjatuh di dalam lubang semasa mengundur motosikalnya tular di media sosial baru-baru ini.

Klip pendek itu dikongsi di Twitter oleh pengguna yang dikenali sebagai ‘Why Men Live Less’ dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen media sosial m, selain meraih lebih 1.2 juta tontonan.

Video tersebut menunjukkan lelaki mengundur motosikalnya yang diparkir di sebelah kedai yang menghadap jalan yang sibuk.

Lelaki itu ternyata tidak menyedari kewujudan lubang besar di belakangnya ketika mengundur motosikalnya menyebabkan dia terjunam jatuh bersama-sama kenderaannya ke dalam lubang terbabit.

Video itu berakhir dengan mangsa hilang terus dari pandangan dan menyebabkan orang ramai tertanya-tanya tentang keselamatannya.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru