Sunday, September 25, 2022

Jom sertai Perlumbaan Berbasikal Kuala Baram esok

Secara Rawak

KUCHING: Peminat sukan berbasikal berpeluang mempamerkan kehebatan mereka dengan menyertai Perlumbaan Kuala Baram 2022 pada 16 Oktober nanti.

Dianjurkan Majlis Bandaraya Miri dengan kerjasama Kelab Berbasikal Masterpiece, Miri yang merupakan program perintis di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Pelancongan.

Objektif program ini adalah mempromosikan bandar raya Miri sebagai destinasi baharu acara lumba berbasikal di Sarawak khususnya dan Malaysia amnya.

Selain itu, ia juga meningkatkan industri pelancongan sukan di Miri sekali gus merealisasikan visi bandar raya Miri ke arah bandar peranginan yang boleh didiami.

Dalam acara ini, laluan yang akan terlibat kelak bermula dari Jalan Lutong Kuala Baram menuju ke arah lampu isyarat Jalan Marigold dan berpatah balik ke Jalan Lutong Kuala Baram untuk menuju ke penamat.

Saingan selama sehari itu terhad kepada 400 orang peserta sahaja dan penyertaan terbuka kepada peserta tempatan, kebangsaan dan antarabangsa.

Sebanyak lapan kategori akan dipertandingkan serta satu anugerah khas (Top Sprint) turut diperkenalkan.

Lapan kategori tersebut ialah Lelaki Elit, Lelaki Master A (30-39 tahun), Lelaki Junior (17 tahun ke bawah, Lelaki Master B (40-49 tahun), Lelaki Veteran(50 tahun ke atas), Wanita Terbuka, Lelaki Super XL (BMI 35 dan ke atas) dan Basikal Lipat.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru