Monday, December 5, 2022

60 pasukan memburu kejayaan di Sarikei

Secara Rawak

SARIKEI : Sebanyak 60 pasukan memulakan cabaran merebut kejuaraan kejohanan Futsal Gabungan Parti Sarawak (GPS) -Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Wilayah Tengah, yang bermula hari ini.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar,  Datu Len Talif Salleh berkata, kejohanan menyaksikan lebih 1,000 pemain futsal berkampung di Sarikei.

“Johan akan menerima hadiah sebanyak RM5,000 untuk pasukan lelaki dan RM4,000 ringgit (wanita), di samping habuan lumayan untuk juara, kita juga menyediakan  hadiah untuk naib juara, tempat ketiga dan keempat bersama.

“Kita juga menyediakan hadiah istmewa kepada  semua pasukan yang tidak menduduki senarai terbaik,” katanya yang juga Ketua Cawangan PBB N.41 Kuala Rajang.

Pertandingan berlangsung di empat vanue utama iaitu, Gelanggang Futsal Kampung Seberang Sarikei, Gelanggang Bola Keranjang Taman Susur Jambu, Gelanggang Futsal Kementerian Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan (Mysed) selain Gelanggang Futsal Kompleks Sukan Bintangor.

“Pada peringkat ini sukar untuk kita meramalkan siapa bakal juara kerana semua pasukan mempunyai kelebihan masing-masing.

“Namun setakat ini, saya berpuas hati dengan semangat kesukanan tinggi yang ditunjukkan oleh semua pemain,” katanya kepada media.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru