Sunday, October 2, 2022

Warganegara: Elak permohonan ditolak, isi borang dengan lengkap

Secara Rawak

KUCHING: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak telah diberi tanggungjawab untuk memastikan borang permohonan yang dihantar lengkap untuk memudahkan proses kelulusan.

Ini menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak – Kanak dan Kesejahteraan Komuniti negeri, Dato Sri Fatimah Abdullah selari dengan inisiatif kerajaan negeri untuk  terus meningkatkan usaha membantu rakyat Sarawak yang tidak memiliki status kewarganegaraan.

Jelas Fatimah, sebelum ini  terdapat permohonan ditolak disebabkan borang tidak lengkap.

“Senarai semak untuk melengkapkan borang disediakan oleh pihak JPN akan diteliti semula supaya apabila sampai Putrajaya nanti (permohonan) tidak ditolak kerana dokumen tidak lengkap,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Perubatan Traditional dan Komplementari (TCM) Sunway serta Pusat Kesuburan Sunway, di sini, hari ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru