Sunday, October 2, 2022

Projek ART dijangka dilaksanakan September ini

Secara Rawak

KUCHING: Pembinaan projek transit aliran ringan (ART) dijangka dimulakan pada September ini.

Demikian penjelasan Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam satu acara di sini malam tadi.

Beliau berkata projek dengan kos RM6 bilion itu akan membantu memperbaik sistem pengangkutan di bandar raya ini dan sekitarnya.

Jelasnya, sistem pengangkutan yang efisien penting untuk memacu ekonomi Sarawak selari dengan impiannya menjadi negeri maju menjelang 2030.

Katanya lagi, langkah ini juga penting dalam membantu pembangunan hartanah, terutama di kawasan munculan di Kuching.

“Kita mahu membangunkan kawasan pinggir Kuching, termasuk Matang, Bau, Jalan Song dan kawasan lain.,” jelasnya.

Projek tersebut dibangunkan syarikat milik Kerajaan Sarawak iaitu Sarawak Metro dan dijangka mula beroperasi secara komersial pada tahun 2025.

Pada September tahun lalu, Sarawak Metro mengumumkan ujian percubaan ART bakal dilakukan selewat-lewatnya pada 2023 dan sebagai permulaan sistem ini akan menggunakan laluan yang dikenal pasti di sekitar bandar raya Kuching.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru