Sunday, October 2, 2022

Pertandingan Karaoke Piala TSE: RM4,500 jadi rebutan

Secara Rawak

SARATOK: Pendaftaran Pertandingan Karaoke Piala TSE anjuran Syarikat Telanjing Sound Enterprise (TSE) yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM 4,500 kini dibuka.

Pemilik TSE, Florence Flo berkata, beberapa lokasi untuk saringan di peringkat bahagian telah dikenal pasti untuk tujuan tersebut iaitu di Miri, Sibu, Bintulu dan Kuching.

“Kami ingin menjemput sesiapa sahaja yang berumur 20 hingga 45 tahun yang ingin mencuba nasib dan mempunyai bakat dalam bidang seni nyanyian agar tidak melepaskan peluang keemasan ini.

“Beberapa lokasi untuk saingan di peringkat bahagian telah dikenal pasti bagi memilih dua orang peserta dari setiap bahagian tersebut untuk dipilih ke peringkat akhir nanti.

“Lokasi berkenaan ialah di Permy Mall, Miri pada 10 dan 11 September 2022, Time Square Bintulu (24-25 September) dan Kuching Sentral,Kuching pada 8 dan 9 October 2022.

“Manakala Venue untuk pertandingan akhir akan ditentukan kemudian,” katanya.

Tambahnya yang juga artis terkenal lagu Iban, yuran penyertaan sebanyak RM35 akan dikenakan peserta.

“Yuran sebanyak RM35 hendaklah dibayar secara dalam talian dalam ke akaun CIMB Bank Telanjing Sound Enterprise melalui nombor akaun 8009282144.

“Selain peserta hendaklah membawa sendiri Minus One masing-masing dan pemilihan lagu adalah bebas asalkan liriknya berunsur positif dan sihat.

“Cuma pada saingan di peringkat akhir yang akan diadakan di Kuching, peserta dikehendaki menyanyikan lagu yang telah ditetapkan oleh penganjur.

“Hadiah wang tunai untuk pertandingan di peringkat bahagian, johan RM300, naib johan RM200 dan ketiga RM100.

“Manakala hadiah utama RM2,000 bagi johan, RM1,500 (naib johan) dan RM1,000 serta piala,” kata penyanyi yang popular menerusi album Ai Mata Lelengau pada 2014, Tebeleka (2016) dan terbaharu berjudul Peminat Nuan yang dikeluarkan tahun lepas.

Tambah beliau lagi, objektif pertandingan adalah untuk mencari bakat baharu dalam bidang nyanyian untuk dijadikan sebagai artis rakaman dibawah naungan Telanjing Sound Enterprise (TSE).

“Pertandingan ini bertujuan untuk memeriahkan lagi industri lagu Iban. “Selain berfungsi sebagai platform pencarian bakat-bakat baharu yang akan ditawarkan kontrak sebagai artis rakaman di bawah naungan syarikat TSE sekiranya mereka menang.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Pertandingan Karaoke Piala TSE ini, orang ramai boleh berhubung dengan saya sendiri menerusi WhatsApp (012- 8792604), Laman Facebook Page Florence Lo dan Akaun Instagram florencelo_tse_music.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru