Sunday, October 2, 2022

Perkukuhkan integriti, iltizam

Secara Rawak

MUKAH: Bagi memperkukuhkan lagi hubungan jalinan kerja, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri mengadakan lawatan kerja rasmi kelmari ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah.

Lawatan beliau dimulakan dengan tabik hormat dan membuat pemeriksaan Kawalan Suku di Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah Beliau turut diperkenalkan oleh Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias kepada semua Ketua Bahagian dan Ketua Polis Balai di bawah pentadbiran IPD Mukah.

Upacara menandatangani buku lawatan turut dilakukan dan beliau mengadakan sesi penyampaian Surat Penghargaan dan taklimat di Bilik Mesyuarat.

Dalam pertemuan itu seramai 11 Pegawai dan anggota telah menerima surat penghargaan daripada Pesuruhjaya Polis Sarawak atas kecemerlangan tugas serta telah lama berkhidmat di IPD Mukah.

Pesuruhjaya Sarawak juga turut menyampaikan amanat bagi memberi semangat kepada seluruh warga IPD Mukah agar dapat terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Selain itu jelasnya lagi integriti dan iltizam yang kukuh merupakan faktor utama dalam membentuk pasukan Polis Diraja Malaysia yang lebih dipercayai serta dihormati.

Sempena lawatan kerja rasmi ke IPD Mukah, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri juga berkesempatan mengambil peluang untuk melawat tempat kebudayaan di Mukah iaitu ke Lamin Dana yang terletak di Kampung Tellian Tradisi bagi menghayati budaya dan adat resam kaum Melanau.

Turut hadir ialah Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak Datin Nassariah Mohd Nassir, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Datuk Mancha Ata,termasuk SAC Gilberd Phillip Layang dan ACP Zulkifli Abu Bakar.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru