Sunday, October 2, 2022

Kucing bersenam di gim?

Secara Rawak

Gelagat lucu seekor kucing yang mengikut tuannya ke gim untuk bersenam menyebabkan netizen terhibur dan geli hati melihat telatahnya.

Melalui klip video yang dikongsi di platform Reddit, seekor kucing dilihat bersenam dengan penuh gaya di sisi sebuah mesin senaman.

Kucing tersebut memusing badannya ke atas dan kemudian meletakkan kakinya di sisi mesin senaman sebelum mengangkat bahagian atas badannya seperti manusia sedang bersenam.

Telatahnya yang bersahaja itu dirakam dan menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru