Sunday, October 2, 2022

Kecewa lamaran ditolak, lelaki mahu bunuh diri

Secara Rawak

HONG KONG: Gara-gara terlalu kecewa selepas lamarannya ditolak, lelaki cuba mengakhiri hidupnya dua kali dalam tempoh tiga hari, lapor The Standard.

Menurut akhbar itu lagi lelaki bernama Chiu itu berjaya diselamatkan polis selepas mereka menerima laporan insiden individu terjun laut di Central Pier 3 di Jalan Man Kwong.

Mereka membawanya ke hospital dan di lokasi kejadian, pihak penyiasat menemui sepasang kasut kulit, cermin mata dan pengecaj telefon miliknya.

Ini merupakan percubaan kedua Chiu selepas lamarannya ditolak pada Isnin.

Menurut saksi di tempat kejadian, Chiu juga kedengaran menjerit, “kenapa awak tidak biarkan saya mati!” ketika dia dibawa ke hospital.

Chiu, yang bekerja sebagai pelayan di sebuah hotel Central, jatuh cinta dengan rakan sekerjanya bernama Chiang.

Dia cuba memikatnya dan mengajaknya berkahwin selepas beranggapan Chiang juga mencintainya, namun lamarannya ditolak gadis tersebut.

Walaupun Chiang memberitahunya dia tidak mempunyai perasaan terhadapnya, Chiu masih tidak berputus asa dan untuk kali kedua muncul semula di lobi hotel bersama sejambak bunga dan cincin batu permata biru.

Apabila lamarannya ditolak kali kedua, Chiu berasa begitu kecewa sehingga bertindak membunuh diri.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru