Wednesday, December 7, 2022

AJ: Pertahankan Igan jika diberi peluang

Secara Rawak

SIBU: Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnnie Zawawi sedia mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sekiranya dicalonkan semula oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Bercakap kepada media semasa menghadiri Majlis Pedun Likew Igen Kubu di sini, wakil rakyat yang mesra disapa AJ itu berkata, beliau sudah bersedia menghadapi PRU15.

“Saya akan bertanding jika pucuk pemimpin parti mencalonkan saya semula.

Memang dari segi persiapan kita sudah bersedia dan jentera kita bekerja sejak empat tahun lalu.

“Segala permohonan dan apa-apa yang rakyat minta, insya-Allah saya tunaikan.

“Cuma jika ia melibatkan permintaan dan perkara besar, saya sedar saya bukanlah orang yang boleh membuat keputusan.

Tetapi saya ambil perhatian, dan maklumkan kepada kerajaan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Pada PRU-15 akan datang juga, beliau turut meramalkan pertarungan membabitkan banyak penjuru untuk kerusi Parlimen lgan.

“Ia pastinya akan menjadi pertarungan sengit kerana pembangkang tidak mahu pihak kerajaan memenangi kerusi tanpa bertanding.

Cuma yang berbeza kali ini tidak akan timbul sebarang isu besar berbanding dengan PRU14 pada 2018.

“Tetapi saya berpendapat pada kali ini tidak ada isu yang besar di peringkat nasional selain isu harga barang naik, isu inflasi pun mungkin tidak dapat dimanipulasikan kerana inflasi di negara kita masih lagi dalam keadaan terkawal.

“Jadi bagi saya PRU-15 kali ini tiada isu yang besar,” tambah beliau.

Hadir sama ialah pengerusi pengelola Majlis Pedun Likew Igen Kubu Mohammad Ali Kupon.

MESRA RAKYAT… Ahmad Johnnie bermesra dengan hadirin pada majlis tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru