Sunday, October 2, 2022

12 lagi kematian akibat Covid-19

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 4,896 lagi kes baharu Covid-19 di negara ini semalam.

Ini katanya menjadikan jumlah keseluruhan kes  sebanyak 4,719,394  sejak virus maut itu dikesan di negara ini pada 2020.

Jumlah kes aktif pula ialah 44,622, turun sebanyak 5.6 peratus berbanding 14 hari lalu.

Sementara itu, kata KKM, 12 lagi kematian Covid-19 direkodkan semalam.

Kematian berkenaan berlaku di Johor (2), Kedah (2), Pahang (2), Kuala Lumpur (2), Melaka (1), Perak (1), Penang (1) dan Selangor (1).

Dengan itu, jumlah keseluruhan kematian setakat ini ialah 36,056 kes.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru