Saturday, September 24, 2022

Petani Stalon lega

Secara Rawak

TANJUNG MANIS: Petani Kampung Stalon menarik nafas lega selepas kerajaan membina baharu ban untuk mengelak kemasukan air masin ke dalam kebun mereka.

Pembinaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bernilai RM350,000 itu bermula Ogos tahun lepas.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, ia merupakan projek penting bagi membantu penduduk Kampung Stalon yang sebahagian besarnya bergantung dengan sumber pertanian.

“Pelaksanaan projek ini membuktikan penduduk Stalon tidak dipinggirkan, sebaliknya setiap permasalahan mereka sentiasa mendapat perhatian kerajaan.

“Saya harap projek ini berjalan lancar dan siap mengikut jadual,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Rajang.

Menurut Len Talif, kerajaan akan memberi fokus menyelesaikan isu banjir di kawasan terbabit demi memastikan golongan petani mendapat manfaat dalam tempoh jangka panjang.

“Semoga projek ini dapat dimanfaatkan oleh penduduk Kampung Stalon sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, sesi penyerahan projek disempurnakan wakilnya, Baijuri Jaujie di lapangan bersama Jabatan Perairan dan Saliran Mukah.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru