Sunday, September 25, 2022

Jambatan Merah Bintangor bakal bercahaya

Secara Rawak

BINTANGOR: Kerajaan Sarawak menyalurkan peruntukan RM100,000 untuk melaksanakan projek pemasangan lampu LED di Jambatan Merah Bintangor yang menjadi penghubung utama penduduk ke Sarikei.

Projek yang dijangka bermula 15 Ogos itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan.

Adun Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, pemasangan kemudahan itu bukan sahaja menceriakan persekitaran jambatan berkenaan tetapi juga menjadikannya sebagai salah satu lagi tarikan baharu kepada pengunjung.

“Usaha ini juga bakal meningkatkan lagi tahap keselamatan pengguna yang melalui kawasan ini,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan ke tapak projek berkenaan semalam.

Kuong Hiing berkata, projek yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK12) itu akan dikendalikan Majlis Daerah Meradong Julau (MDMJ) manakala rekabentuk pula dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Sehubungan itu, beliau berharap pihak kontraktor menyiapkannya secepat mungkin sebelum penganjuran Pesta Limau pada oktober depan.

“Kita juga sedang berusaha untuk memasang lebih banyak lampu jalan di laluan utama dan saya berharap, akan mendapat lebih banyak peruntukan bagi merealisasikan hasrat itu.

“Langkah ini amat penting demi keselamatan dan keselesaan pengguna yang melalui jalan berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu, Kuong Hiing mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa memandu secara berkhemah.

“Sikap bertolak ansur dan berdisplin ketika mengendalikan kendaraan juga penting demi keselamatan diri dan keluarga,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menggesa agar rakyat terus bersatu dan bekerjasama bagi memantapkan lagi usaha kerajaan membangunkan Meradong.

Katanya, kerjasama rakyat amat penting untuk memastikan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih licin dan sempurna.

Jambatan Merah Bintangor

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru