Sunday, September 25, 2022

Timbalan Premier taja kanta bagi pesakit

Secara Rawak

BETONG: Timbalan Premier yang juga Adun Bukit Saban Datuk Amar Douglas Uggah Embas menaja pembelian kanta intraokular bagi pesakit yang mendapatkan rawatan bersempena Kem Katarak dan Pterygium ke-15 di Hospital Betong, baru-baru ini.

Secara keseluruhan sebanyak 60 pesakit katarak dari pelbagai lokasi berjaya dirawat pada program yang turut dikenali sebagai ‘Betong FirstSight Programme’, dari 5 hingga 6 Ogos lalu.

Antara lain yang mendapat manfaat program tersebut adalah tujuh penghidap pterygium.

Ia dianjurkan bersama oleh Lions Club Kuching Metro, Klinik Katarak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Oftalmologi Hospital Umum Sarawak (HUS).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru