Sunday, September 25, 2022

PT3, UPSR tidak akan dikembalikan

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) kekal dengan keputusan untuk tidak mengembalikan peperiksaan awam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), walaupun terdapat permintaan daripada ibu bapa yang mahu ia dilaksanakan semula.

Timbalan Menteri Pendidikan II  Datuk Mohamad Alamin berkata UPSR dan PT3 dimansuhkan kerana KPM mahu melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan tidak terhad dalam bidang akademik sahaja.

“Kami sudah beri penerangan berkali-kali bahawa kali ini kita ambil pendekatan yang lebih inklusif, bukan hanya eksklusif berdasarkan peperiksaan semata-mata kerana kita ingin melahirkan modal insan yang berkebolehan dalam banyak bidang lain.

“Malaysia bergerak ke arah negara yang lebih maju, kami ingin membekalkan negara dengan modal insan dalam pelbagai kepakaran. Itu tujuan utamanya, jadi percayalah kita akan membantu negara melahirkan Malaysia yang lebih berkebolehan,” katanya kepada pemberita selepas menutup Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Siri 31 KPM di sini hari ini seperti dilapor Bernama.

Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media yang menyatakan semakin ramai ibu bapa menuntut agar UPSR dikembalikan kerana mendakwa KPM masih belum bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sebagai pendekatan tunggal kepada sistem penilaian di sekolah.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru